Lompat ke kandungan

Dua Dewan Perjumpaan yang terkesan oleh banjir di Manila, Filipina

5 OGOS 2024
FILIPINA

Banjir Teruk Akibat Taufan Gaemi di Filipina

Banjir Teruk Akibat Taufan Gaemi di Filipina

Pada hujung Julai 2024, Taufan Gaemi a bermula di bahagian barat Lautan Pasifik. Walaupun Taufan Gaemi tidak mendarat di Filipina, taufan itu telah memburukkan hujan monsun serta mengakibatkan kerosakan teruk, banjir, dan tanah runtuh di Manila dan kawasan sekelilingnya. Sekitar 4.8 juta orang terkesan dan lebih daripada 600,000 orang terpaksa meninggalkan rumah mereka. Sekurang-kurangnya 39 orang telah maut akibatnya.

Kesan terhadap Saudara Saudari

  • Tiada saudara saudari cedera atau terkorban

  • 155 penyiar terpaksa berpindah, tetapi kebanyakan daripada mereka sudah kembali ke rumah masing-masing

  • 2 rumah musnah

  • 11 rumah mengalami kerosakan teruk

  • 42 rumah mengalami sedikit kerosakan

  • 11 Dewan Perjumpaan mengalami sedikit kerosakan

Bantuan yang Dihulurkan

  • 6 Jawatankuasa Bantuan Bencana telah ditubuhkan untuk mengaturkan kerja bantuan bencana

  • Para penyelia litar dan penatua tempatan memberikan sokongan rohani dan bantuan praktikal kepada mangsa bencana

Kiri: Saudara saudari menyediakan bekalan keperluan (atas) dan air minuman (bawah) untuk mangsa bencana

Kanan: Seorang saudara membawa barang keperluan kepada seorang saudari yang terkesan oleh banjir

Kita terus berdoa untuk mereka yang menderita akibat taufan ini. Kita juga bersyukur atas sokongan dan jagaan Yehuwa, Tuhan yang “mendatangkan kedamaian dan membawa penyelamatan yang besar” untuk saudara saudari kita.—Yesaya 33:6.

a Ribut ini dikenali sebagai Super Typhoon Carina di Filipina.