Lompat ke kandungan

Saudara Nikolay Makhalichev selepas dibebaskan dari penjara di Belarus

9 APRIL 2020
RUSIA

Saudara Makhalichev Dibebaskan dari Penjara di Belarus, Pendakwa Raya Menolak Permintaan Rusia

Saudara Makhalichev Dibebaskan dari Penjara di Belarus, Pendakwa Raya Menolak Permintaan Rusia

Pada 7 April 2020, pejabat pendakwa raya di Belarus telah menolak permintaan Rusia untuk menghantar Saudara Nikolay Makhalichev kembali ke Rusia. Sebaliknya, mereka memutuskan untuk membebaskannya dari penjara. Saudara Nikolay Makhalichev sangat gembira mendengar hal itu, kerana dia dapat menyambut Peringatan kematian Kristus bersama kawan-kawannya di Belarus.

Pihak berkuasa telah menangkap Saudara Makhalichev pada 21 Februari 2020, semasa dia melawat kawan-kawannya di Belarus. Pihak polis Belarus telah menahan saudara kita setelah memeriksa pasportnya dan mengetahui bahawa dia merupakan salah seorang yang paling dikehendaki oleh kerajaan Rusia kerana dituduh mengaturkan kegiatan “ekstremis.”

Tiga hari kemudian, Saudara Makhalichev dimasukkan ke dalam penjara sementara menunggu keputusan pihak berkuasa Belarus sama ada untuk menghantarnya ke Rusia untuk diadili atau tidak. Ini merupakan kali pertama Saksi-Saksi Yehuwa ditangkap di negara lain atas waran yang dikeluarkan oleh Rusia. Jika dia dihantar kembali ke Rusia, dia perlu berdepan dengan tuduhan yang difailkan terhadapnya pada Januari 2019.

Semasa ditahan, Saudara Makhalichev terus dikuatkan melalui rutin rohaninya. Dia dapat mengadakan empat pembelajaran Bible dan melaporkan 198 jam dalam aktiviti penyebaran bagi bulan Mac.

Kita yakin bahawa saudara saudari kita di Rusia akan terus bergantung pada Yehuwa untuk mendapatkan sokongan dan perlindungan pada masa yang susah.—Mazmur 142:5.