Lompat ke kandungan

Kiri: Saudara Yevgeniy Stefanidin. Kanan: Saudara Aleksandr Votyakov

23 APRIL 2024 | DIKEMASKINIKAN: 25 OKTOBER 2024
RUSIA

TERKINI—PARA SAUDARA DISABITKAN BERSALAH | Bersyukur kerana Dapat Menyembah Yehuwa

TERKINI—PARA SAUDARA DISABITKAN BERSALAH | Bersyukur kerana Dapat Menyembah Yehuwa

Pada 25 Oktober 2024, Mahkamah Daerah Pervomayskiy di Izhevsk, Republik Udmurtia, mensabitkan Saudara Yevgeniy Stefanidin dan Aleksandr Votyakov. Mereka masing-masing dijatuhkan hukuman penjara tertangguh selama enam tahun serta enam tahun enam bulan. Mereka tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.

Profil

Seperti Aleksandr dan Yevgeniy, kita juga berbesar hati untuk ‘menjalankan khidmat suci kepada Yehuwa tanpa rasa gentar’ sepanjang hayat kita.—Lukas 1:74, 75.

Garis Masa

  1. 14 April 2021

    Pasukan keselamatan menggeledah rumah Yevgeniy

  2. 13 Disember 2022

    Kes jenayah dibuka terhadap Aleksandr dan Yevgeniy

  3. 14 Disember 2022

    Pihak berkuasa menggeledah rumah Aleksandr dan Yevgeniy. Aleksandr dimasukkan ke pusat tahanan sementara. Yevgeniy dikenakan sekatan perjalanan

  4. 15 Disember 2022

    Aleksandr dibebaskan dari pusat tahanan sementara tetapi ditahan di rumah

  5. 9 Jun 2023

    Aleksandr tidak lagi ditahan di rumah tetapi dikenakan sekatan perjalanan

  6. 17 Ogos 2023

    Perbicaraan kes jenayah bermula