26 JANUARI 2022
TONGA
Tonga Alami Kerosakan Teruk Akibat Letupan Gunung dan Tsunami
Pada 15 Januari 2022, letupan gunung berapi di bawah permukaan air Lautan Pasifik menyebabkan kepulauan Tonga dilanda tsunami. Kesannya dapat dirasai sejauh Amerika Selatan dan Jepun. Abu tebal dan ombak air menyebabkan kerosakan besar di Tonga. Talian komunikasi juga terjejas dengan teruk.
Kesan terhadap saudara saudari
Tiada saudara saudari yang tercedera
Bantuan yang dihulurkan
Satu Jawatankuasa Bantuan Bencana telah ditubuhkan
Saudara saudari bantu mereka yang terkesan untuk bersihkan abu daripada atap yang disambung ke tangki air minuman
Semua bantuan dilakukan selaras dengan langkah-langkah keselamatan COVID-19
Para saudara segera menyambung semula rutin rohani dan adakan perjumpaan secara tetap. Kita yakin bahawa Yehuwa akan ‘menolong dan melegakan hati’ saudara saudari yang terjejas akibat bencana ini.—Mazmur 86:17.