Mazmur 70:1-5

  • “Cepatlah datang untuk membantu aku!”

    • “Cepatlah datang untuk menyelamatkan aku” (5)

Untuk pengarah muzik. Mazmur yang digubah oleh Daud untuk dijadikan peringatan. 70  Ya Tuhan, tolonglah selamatkan aku!Ya Yehuwa, cepatlah datang untuk membantu aku!+  2  Biarlah semua orang yang ingin meragut nyawakuDimalukan dan dihina. Biarlah orang yang suka melihat aku ditimpa malapetakaBerundur dan mendapat aib.  3  Biarlah orang yang mencela aku Berundur kerana berasa malu.  4  Tetapi biarlah orang yang mencari-MuBergembira dan bersukacita kerana-Mu.+ Biarlah orang yang mengharapkan penyelamatan daripada-Mu selalu berkata, “Semoga Tuhan diagungkan!”  5  Ya Tuhan, cepatlah datang untuk menyelamatkan aku,+Kerana aku lemah dan ditindas.+ Engkaulah penolongku dan penyelamatku.+Ya Yehuwa, cepatlah datang!+

Nota Kaki