Yesaya 44:1-28
44 “Dengarlah, hai keturunan Yakub, hamba-Ku.Dengarlah, hai orang Israel, umat pilihan-Ku.+
2 Inilah firman Aku, Yehuwa,Pencipta yang membentuk kamu,+Tuhan yang menolong kamu sejak kamu dalam kandungan lagi:*
‘Janganlah takut, hai keturunan Yakub, hamba-Ku.+Janganlah takut, hai orang Yesyurun,*+ umat pilihan-Ku.
3 Aku akan memberikan air kepada orang yang dahaga,*+Dan Aku akan mengalirkan anak-anak sungai di tanah yang kering.
Aku akan mencurahkan kuasa suci-Ku ke atas keturunan kamu+Dan mencucurkan berkat-Ku ke atas anak cucu kamu.
4 Mereka akan bertumbuh subur seperti rumput hijau,+Dan seperti pokok poplar di tepi aliran sungai.
5 Seorang akan berkata, “Aku milik Yehuwa.”+
Seorang lagi akan memanggil dirinya dengan nama Yakub,Dan seorang lagi akan menulis pada tangannya: “Milik Yehuwa.”
Ada juga yang akan menggelar dirinya dengan nama Israel.’
6 Akulah Yehuwa, Raja dan Penebus orang Israel.+
Demikianlah firman Aku, Yehuwa, ketua angkatan syurga:
‘Akulah yang pertama dan yang terakhir.+
Tidak ada Tuhan selain Aku.+
7 Siapakah yang dapat menandingi Aku?+
Biarlah dia bersuara dan mengemukakan buktinya kepada-Ku!+
Biarlah dia menyatakan apa yang bakal terjadiDan apa yang akan berlaku pada masa depan,Seperti yang telah Aku lakukan sejak Aku menjadikan umat ini pada zaman purba.
8 Janganlah takut dan janganlah tercegat kerana terkejut.+
Bukankah Aku sudah memberitahu setiap seorang daripada kamu tentang hal-hal itu sejak dahulu lagi?
Bukankah Aku sudah mengumumkan semua itu?
Kamu ialah saksi-saksi-Ku.+
Tidak ada Tuhan selain Aku.
Ya, Aku tahu bahawa tidak ada Gunung Batu+ selain Aku.’”
9 Semua orang yang membuat berhala, tidak berguna.
Benda-benda kesayangan mereka pun tidak bermanfaat.+
Patung-patung itu tidak dapat melihat, tidak mengetahui apa-apa, dan tidak dapat memberikan kesaksian.+
Maka orang yang membuat patung-patung itu akan dimalukan.+
10 Orang yang membuat dewa atau patung logamLangsung tidak mendapat manfaat.+
11 Lihatlah! Orang yang membuat berhala serta rakan-rakannya akan dimalukan!+
Tukang-tukang seni itu hanyalah manusia.
Biarlah mereka semua berkumpul dan mengambil tempat masing-masing.
Mereka akan ditakutkan dan dimalukan bersama-sama.
12 Tukang besi mengambil sekeping logam dan membentuknya di atas bara api dengan alat-alatnya.
Dengan lengannya yang kuat,+Dia menukul logam itu menjadi bentuk yang diinginkan.
Tetapi kemudian, dia menjadi lemah kerana laparDan berasa letih kerana tidak minum air.
13 Tukang kayu merentangkan tali pengukur dan melukis bentuk berhala dengan kapur merah.
Dia melukis bentuk yang diinginkan dengan jangka lukis dan memahat kayu itu.
Dia menjadikannya patung yang menyerupai manusia,+Seperti manusia yang kacak,Lalu menempatkan patung itu di dalam rumah.*+
14 Ada seorang yang kerjanya menebang pokok sedar.
Dia memilih sebatang pokok oakDan membiarkan pokok itu bertumbuh subur di rimba.+
Dia menanam pokok laurel, dan air hujan menyebabkan pokok itu bertumbuh.
15 Kemudian pokok itu digunakannya sebagai kayu api.
Dia membakar sebahagian daripada kayu ituUntuk memanaskan diri dan membakar roti;Dia juga membuat patung dewa daripada kayu itu,Lalu bersujud dan menyembah patung berukir yang dibuatnya itu.+
16 Dia membakar separuh daripada kayu itu dalam api,
Lalu memanggang daging, memakan daging itu, dan berasa puas.
Dia juga memanaskan badannya sambil berkata,
“Alangkah hangatnya api ini!”
17 Dia menggunakan kayu yang selebihnya untuk membuat dewa, iaitu patung berukir.
Dia bersujud dan menyembah patung itu.
Dia berdoa kepada patung itu dan berkata,“Selamatkanlah aku, kerana engkaulah tuhanku.”+
18 Orang yang membuat patung berhala tidak mengetahui atau memahami apa-apa pun;+Mata mereka terpejam, dan mereka tidak dapat melihat;Hati mereka tidak berpengertian.
19 Mereka tidak mempunyai pengetahuan atau pemahaman;Mereka tidak merenungkan hal ini dalam hati mereka:
“Aku membakar separuh daripada kayu itu dalam api,Dan menggunakan kayu api itu untuk membakar roti dan memanggang daging, lalu aku memakannya.
Maka patutkah aku menggunakan kayu yang selebihnya untuk membuat sesuatu yang menjijikkan?+
Patutkah aku menyembah sepotong kayu yang diambil daripada sebatang pokok?”
20 Orang sebegitu bagaikan orang yang memakan abu.
Dia sudah disesatkan oleh hatinya yang tertipu.
Dia tidak dapat menyelamatkan dirinya sendiri, dan dia juga tidak berkata,“Apa aku pegang di dalam tangan kananku ini benda yang tidak berguna.”
21 “Hai keturunan Yakub, hai orang Israel, ingatlah akan hal-hal ini,Kerana kamu ialah hamba-Ku.
Kamu ialah hamba-Ku yang Aku jadikan.+
Hai orang Israel, Aku tidak akan melupakan kamu.+
22 Aku akan menghapuskan kesalahan kamu seolah-olah menutupinya dengan awan;+Aku akan menghapuskan dosa-dosa kamu seolah-olah menyembunyikannya dengan awan tebal.
Kembalilah kepada-Ku, kerana Aku akan menebus kamu.+
23 Bersoraklah dengan gembira, hai langit,Kerana Aku, Yehuwa, telah bertindak!
Bersoraklah dengan sukacita, hai tempat-tempat dalam di bumi!
Bersoraklah dengan riang, hai gunung-gunung+Dan hutan serta segala pokoknya,Kerana Aku, Yehuwa, telah menebus keturunan YakubDan menunjukkan kebesaran-Ku melalui orang Israel.”+
24 Demikianlah firman Yehuwa, Penebus kamu,+Tuhan yang membentuk kamu sejak kamu dalam kandungan lagi:
“Aku ialah Yehuwa, Pencipta segala sesuatu.
Aku sendiri yang membentangkan langit+Dan menciptakan bumi.+
Siapakah yang membantu Aku?
25 Aku menyebabkan tanda-tanda yang disebut nabi palsu menjadi dustaDan membuat para ahli nujum bertindak seperti orang bodoh.+Aku mengelirukan orang yang bijakDan mengubah pengetahuan mereka menjadi kebodohan.+
26 Aku membuat kata-kata hamba-Ku menjadi kenyataanDan menyebabkan semua ramalan utusan-Ku berlaku.+Mengenai Yerusalem, Aku berfirman, ‘Kota itu akan didiami.’+
Mengenai kota-kota Yehuda, Aku berfirman, ‘Kota-kota itu akan dibina semula.+Aku akan membaiki reruntuhan di situ.’+
27 Aku berfirman kepada air yang dalam, ‘Jadilah kering.Aku akan mengeringkan semua sungaimu.’+
28 Mengenai Kores,+ Aku berfirman, ‘Dialah gembala yang Aku lantik.Dia pasti akan melaksanakan segala kehendak-Ku.’+Mengenai Yerusalem, Aku berfirman, ‘Kota itu akan dibina semula.’
Mengenai Rumah-Ku, Aku berfirman, ‘Asasnya akan diletakkan.’”+
Nota Kaki
^ Atau “sejak kamu lahir.”
^ Maksudnya “Yang Lurus Hati,” iaitu gelaran kehormat bagi Israel.
^ Atau “mencurahkan air ke atas negeri yang kontang.”
^ Atau “di tempat sembahyang.”