SOALAN 8
Patutkah Tuhan Dipersalahkan atas Penderitaan Manusia?
“Mustahil bagi Tuhan yang benar untuk melakukan hal yang jahat; Dia Yang Maha Kuasa pasti tidak akan berbuat salah!”
“Semasa seseorang menghadapi cubaan, dia tidak patut berkata, ‘Tuhan sedang mencubai aku.’ Hal ini demikian kerana Tuhan tidak boleh dicubai oleh kejahatan, dan Dia juga tidak mencubai sesiapa pun dengan hal-hal yang jahat.”
“Lemparkanlah segala kekhuatiran kamu kepada Tuhan, kerana Dia mengambil berat tentang kamu.”
“Yehuwa tidak berlambat-lambat untuk menunaikan janji-Nya, seperti yang difikirkan oleh sesetengah orang. Sebaliknya, Dia sabar terhadap kamu, kerana Dia tidak ingin seorang pun dibinasakan. Dia ingin agar semua orang berpeluang untuk bertaubat.”