Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Ketaatan

Ketaatan

Seberapa pentingkah ketaatan?

Kel 19:5; Ul 10:​12, 13; Pkh 12:13; Yak 1:22

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • 1Sa 15:​17-23—Nabi Samuel menegur Raja Saul kerana tidak mematuhi Yehuwa; kemudian Samuel menekankan betapa pentingnya ketaatan

    • Ibr 5:​7-10—Yesus sentiasa mematuhi Bapanya, namun di bumi dia belajar untuk mematuhi Bapanya semasa dia dilayan dengan buruk

Apakah yang akan dilakukan seorang Kristian jika pihak berkuasa menyuruhnya melanggar perintah Tuhan?

Kis 5:29

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Da 3:​13-18—Walaupun nyawa mereka terancam, tiga pemuda Ibrani yang setia enggan bersujud menyembah patung yang didirikan oleh Raja Nebukadnezar

    • Mt 22:​15-22—Yesus menjelaskan bahawa pengikutnya akan mematuhi pihak berkuasa, kecuali apabila mereka disuruh melakukan sesuatu yang melanggar perintah Tuhan

    • Kis 4:​18-31—Walaupun pihak berkuasa memerintahkan para rasul untuk berhenti menginjil, mereka dengan berani terus menginjil

Apakah yang mesti kita lakukan jika kita mahu sentiasa mematuhi perintah Yehuwa?

Ul 6:​1-5; Mz 112:1; 1Yo 5:​2, 3

Lihat juga Mz 119:​11, 112; Rm 6:17

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Ez 7:​7-10—Imam Ezra yang setia mempersiapkan hatinya supaya dia dapat menetapkan teladan dalam mematuhi Hukum Tuhan dan mengajarkannya kepada orang lain

    • Yoh 14:31—Yesus menyingkapkan sebab dia melakukan tepat seperti yang diperintahkan oleh Bapanya

Apakah yang sepatutnya mendorong kita untuk mentaati Yehuwa dan Yesus?

Bagaimanakah kepatuhan kita menunjukkan iman kita?

Rm 1:5; 10:​16, 17; Yak 2:​20-23

Lihat juga Ul 9:23

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Kej 6:​9-22; Ibr 11:7—Semasa membina bahtera, Nuh menunjukkan imannya dengan “melakukan segala sesuatu” yang diperintahkan oleh Yehuwa

    • Ibr 11:​8, 9, 17—Abraham menunjukkan imannya dengan mematuhi perintah Yehuwa bukan sahaja untuk meninggalkan Ur tetapi juga untuk mempersembahkan anaknya sendiri

Bagaimanakah Yehuwa memberkati orang yang mematuhi-Nya?

Yer 7:23; Mt 7:21; 1Yo 3:22

  • Kisah Bible yang bantu kita:

Apakah akibatnya jika kita tidak taat?

Rm 5:19; 2Te 1:​8, 9

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Kej 2:​16, 17; 3:​17-19—Oleh sebab Adam dan Hawa mengingkari Yehuwa, mereka dihalau dari Firdaus, serta hilang kesempurnaan dan kehidupan abadi

    • Ul 18:​18, 19; Kis 3:​12, 18, 22, 23—Yehuwa menubuatkan kedatangan Nabi yang lebih unggul daripada Musa dan menyingkapkan bahawa orang yang tidak mematuhi Nabi itu akan dihukum

    • Yud 6, 7—Para malaikat dan penduduk Sodom dan Gomora yang jahat menyebabkan Yehuwa sangat murka kerana keingkaran mereka

Mengapakah kita harus mematuhi Yesus Kristus?

Kej 49:10; Mt 28:18

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Yoh 12:​46-48; 14:24—Yesus menjelaskan bahawa orang yang gagal mematuhi kata-katanya akan mendapat penghakiman yang teruk

Mengapakah orang Kristian mematuhi para penyelia dalam sidang?

Mengapakah isteri Kristian harus tunduk kepada suaminya?

Mengapakah anak-anak mematuhi ibu bapa mereka?

Ams 23:22; Ef 6:1; Kol 3:20

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Kej 37:​3, 4, 8, 11-13, 18—Yusuf yang masih muda mematuhi bapanya dan pergi melihat abang-abangnya walaupun mereka membencinya

    • Lu 2:51—Walaupun Yesus sempurna, dia tetap mematuhi Yusuf dan Maria, ibu bapanya yang tidak sempurna

Mengapakah bijak untuk mematuhi majikan walaupun semasa kita tidak diperhatikan orang lain?

Mengapakah orang Kristian mematuhi kerajaan?