Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

PELAJARAN 24

Bagaimanakah Kerja Sedunia Kami Dibiayai?

Bagaimanakah Kerja Sedunia Kami Dibiayai?

Nepal

Togo

Britain

Setiap tahun, organisasi kami menerbitkan dan mengedarkan ratusan juta Bible dan bahan bacaan lain tanpa bayaran. Kami membina dan menyelenggarakan Dewan Perjumpaan serta pejabat cawangan. Kami menampung keperluan ahli Bethel dan perintis seberang laut, serta menghulurkan bantuan semasa bencana. Jadi anda mungkin tertanya-tanya, “Bagaimanakah kami membiayai semua ini?”

Kami tidak memungut persepuluhan, yuran, atau wang. Meskipun aktiviti penyebaran kami menelan perbelanjaan yang besar, kami tidak meminta wang. Lebih daripada 100 tahun dahulu, terbitan kedua majalah Menara Pengawal mengatakan bahawa kami yakin akan sokongan Yehuwa dan “tidak akan mengemis atau merayu untuk mendapatkan sokongan kewangan.” Sehingga kini, hal ini terbukti benar!​—Matius 10:8.

Kegiatan kami disokong oleh derma sukarela. Ramai orang menghargai kerja pendidikan Bible kami dan memberikan derma. Saksi-Saksi Yehuwa sendiri rela menyumbangkan masa, tenaga, wang, dan sebagainya untuk melaksanakan kehendak Tuhan di seluruh bumi. (1 Tawarikh 29:9) Mereka yang ingin menderma boleh memasukkannya ke dalam peti-peti sumbangan di Dewan Perjumpaan, perhimpunan, dan konvensyen. Derma juga dapat disumbangkan melalui laman web kami, jw.org. Kebanyakan sumbangan diberikan oleh orang yang kurang berada, seperti balu yang dipuji Yesus. Balu ini memasukkan dua keping wang yang kecil nilainya ke dalam peti sumbangan di Rumah Tuhan. (Lukas 21:1-4) Jadi, setiap orang dapat “menyimpan sedikit wang” dan memberikan “apa yang telah diputuskan dalam hati masing-masing.”​—1 Korintus 16:2; 2 Korintus 9:7.

Kami yakin bahawa Yehuwa akan terus menggerakkan hati orang yang ingin ‘memuliakan-Nya dengan memberikan segala milik mereka yang berharga’ untuk menyokong kerja Kerajaan Tuhan, agar kehendak-Nya tercapai.​—Amsal 3:9.

  • Apakah yang membezakan organisasi kami daripada agama lain?

  • Bagaimanakah sumbangan sukarela digunakan?