Hormatilah Mereka yang Layak Dihormati
“Semoga berkat, kehormatan, kemuliaan, dan kuasa diberikan buat selama-lamanya kepada Dia yang duduk di atas takhta dan kepada Anak Bebiri.”
LAGU: 9, 108
1. Mengapakah sesetengah individu layak dihormati? Apakah yang akan kita bincangkan dalam rencana ini?
MENGHORMATI seseorang bererti memberi orang itu perhatian khusus dan memandang tinggi kepadanya. Kehormatan sebegini biasanya diberikan kepada orang yang berjasa atau yang berkedudukan istimewa. Jadi, siapakah yang harus kita hormati? Mengapakah kita harus menghormati mereka?
2, 3. (a) Mengapakah Yehuwa paling layak dihormati? (Lihat gambar pada permulaan rencana.) (b) Siapakah Anak Bebiri yang dinyatakan di Wahyu 5:13? Mengapakah dia juga layak dihormati?
2 Wahyu 5:13 menyatakan bahawa “Dia yang duduk di atas takhta” dan “Anak Bebiri” layak dihormati. Wahyu bab 4 menjelaskan satu sebab Yehuwa layak dihormati. Semasa memuji Yehuwa, Tuhan “yang hidup selama-lamanya,” makhluk-makhluk di syurga berseru, “Ya Yehuwa, Tuhan kami, Engkau layak menerima kemuliaan, penghormatan, dan kuasa, kerana Engkau menciptakan segala sesuatu, dan kerana kehendak-Mu segala sesuatu wujud dan diciptakan.”
Yoh. 1:29) Bible menjelaskan bahawa Yesus jauh lebih unggul daripada semua pemerintah manusia, kerana “dialah Raja ke atas mereka yang memerintah sebagai raja dan Tuan ke atas mereka yang memerintah sebagai tuan, dan dia sahajalah yang tidak dapat mati. Dia tinggal dalam cahaya yang tidak boleh didekati oleh sesiapa pun. Tidak ada orang yang pernah atau yang dapat melihatnya.” (1 Tim. 6:14-16) Selain Yesus, adakah mana-mana raja yang sanggup mati untuk menebus dosa rakyatnya? Memang tiada. Sudah tentu hal ini mendorong anda untuk memujinya bersama jutaan makhluk di syurga yang berkata, “Anak Bebiri yang disembelih itu layak menerima kuasa, kekayaan, kebijaksanaan, kekuatan, penghormatan, kemuliaan, dan berkat.”
4. Mengapakah kita mesti menghormati Yehuwa dan Yesus?
4 Kita mesti menghormati Yehuwa dan Yesus kerana itulah syarat untuk mendapat kehidupan kekal. Yesus berkata di Yohanes 5:22, 23, “Bapa tidak menghakimi sesiapa pun. Dia memberi Anak-Nya semua kuasa untuk menghakimi, agar semua orang menghormati Anak sepertimana mereka menghormati Bapa. Orang yang tidak menghormati Anak tidak menghormati Bapa yang telah mengutusnya.”
5. Mengapakah kita harus menghormati orang lain?
5 Manusia ‘dijadikan seperti Tuhan.’ (Kej. 1:27) Maka kebanyakan orang berupaya menunjukkan sifat-sifat Tuhan, seperti kasih, belas kasihan, dan kebaikan hati. Manusia juga dikurniai hati nurani sejak lahir lagi, jadi mereka juga dapat membezakan apa yang betul atau salah, benar atau palsu, dan yang terpuji atau terkutuk. (Rm. 2:14, 15) Kebanyakan orang tertarik kepada apa yang bersih dan indah, dan mereka biasanya menyukai kedamaian. Memandangkan manusia dapat mencerminkan sifat-sifat Yehuwa, mereka juga harus dihormati.
SIKAP HORMAT YANG SEIMBANG
6, 7. Apakah perbezaan antara Saksi-Saksi Yehuwa dengan orang lain semasa menunjukkan rasa hormat?
6 Semasa menunjukkan hormat kepada orang lain, kita perlu ada pandangan yang seimbang. Hal ini demikian kerana sikap dunia Syaitan sudah mempengaruhi pandangan kebanyakan orang terhadap rasa hormat yang berpatutan, sehingga mereka memuja sesetengah individu seperti tokoh agama, politik, sukan, dan bintang-bintang popular. Mereka terikut-ikut dengan perangai, pakaian, atau kelakuan individu sebegini.
7 Orang Kristian sejati tidak akan menyanjung manusia dengan cara sedemikian. Antara semua manusia di bumi, hanya Yesus yang merupakan teladan sempurna. (1 Ptr. 2:21) Kita perlu ingat bahawa “semua orang sudah berdosa dan gagal mencapai kemuliaan Tuhan.” (Rm. 3:23) Oleh itu, jika kita terlampau menghormati manusia sehingga menjadikan mereka sebagai idola, kita tidak menyenangkan hati Tuhan.
8, 9. (a) Apakah pandangan Saksi-Saksi Yehuwa terhadap pihak berkuasa? (b) Adakah kita akan ikut semua arahan daripada pihak berkuasa? Jelaskan.
8 Sesetengah individu harus dihormati kerana memegang jawatan tertentu, seperti pegawai kerajaan. Mereka memelihara keamanan dan menjaga keperluan
9 Tidak kira apa yang dikehendaki oleh pihak berkuasa atau apa pandangan orang terhadap mereka, Saksi-Saksi Yehuwa rela menghormati dan bekerjasama dengan pegawai kerajaan setempat. Sudah pasti, kerjasama dan ketaatan kita ada batasnya. Sekiranya disuruh melakukan sesuatu yang melanggar perintah Tuhan atau pendirian neutral kita, kita tidak akan melampaui batas itu.
10. Bagaimanakah hamba-hamba Yehuwa pada zaman dahulu menunjukkan sikap hormat kepada pihak berkuasa?
10 Hamba-hamba Yehuwa pada zaman dahulu juga menunjukkan sikap hormat kepada pihak berkuasa. Semasa kerajaan Roma memerintahkan agar semua orang dibanci, Yusuf dan Maria mematuhi perintah itu dan mengadakan perjalanan yang jauh ke Betlehem, meskipun Maria sudah hampir bersalin. (Luk. 2:1-5) Semasa Paulus dituduh berbuat salah, dia menunjukkan sikap hormat yang sewajarnya ketika membela diri di hadapan Raja Herodes Agripa dan Festus, gabenor daerah Yudea.
11, 12. (a) Mengapakah kita tidak memberikan penghormatan istimewa kepada pemimpin agama? (b) Bagaimanakah sikap hormat seorang Saksi kepada seorang ahli politik membawa hasil yang baik?
11 Biarpun para pemimpin agama menginginkan penghormatan istimewa, Saksi-Saksi Yehuwa tidak akan memberi mereka penghormatan sedemikian. Mengapa? Agama palsu tidak mengajarkan kebenaran tentang Tuhan dan Firman-Nya. Semasa Yesus di bumi, dia memanggil para pemimpin agama sebagai pemimpin buta yang bermuka dua. (Mat. 23:23, 24) Maka, kita akan menghormati mereka kerana mereka juga manusia seperti kita. Namun, apabila kita menghormati pihak berkuasa kerana tugas dan kedudukan mereka, sikap hormat kita ada kalanya membuahkan hasil baik yang tidak disangka.
12 Leopold Engleitner seorang Saksi yang bersemangat dari Austria. Dia ditahan oleh pihak Nazi dan dihantar melalui kereta api ke kem konsentrasi Buchenwald. Dalam kereta api, dia berjumpa dengan Dr. Heinrich Gleissner, seorang ahli politik Austria yang juga ditahan oleh orang Nazi. Dalam perjalanan mereka, Saudara Engleitner menjelaskan kepercayaannya dengan penuh hormat kepada Gleissner. Gleissner mendengar dengan teliti, dan selepas Perang Dunia Kedua, dia sering menggunakan pengaruhnya untuk membantu Saksi-Saksi di Austria. Anda mungkin tahu tentang pengalaman lain yang menunjukkan bagaimana sikap hormat kepada pihak berkuasa membuahkan hasil yang baik.
ORANG LAIN YANG LAYAK DIHORMATI
13. Kita harus menunjukkan sikap hormat terutamanya kepada siapa? Mengapa?
13 Kita patut menghormati rakan-rakan seiman kita, terutamanya saudara yang mengambil pimpinan, seperti para penatua, penyelia litar, ahli Jawatankuasa Cawangan, dan ahli Badan Pimpinan. (Baca 1 Timotius 5:17.) Kita menunjukkan sikap hormat kepada mereka tidak kira bangsa, kedudukan sosial, tahap pendidikan, atau keadaan kewangan mereka. Bible menyatakan bahawa mereka semua ialah “kurnia berupa manusia” yang diberikan oleh Tuhan untuk menjaga keperluan umat-Nya. (Ef. 4:8) Saudara saudari kita pada abad pertama memandang tinggi terhadap mereka yang dilantik untuk mengambil pimpinan, dan kita juga harus mempunyai perasaan yang sama. Sememangnya, kita tidak mengidolakan saudara-saudara yang mengambil pimpinan dalam sidang, atau melayan mereka seperti malaikat. Namun, kita menghormati mereka kerana mereka bekerja keras dan bersikap rendah hati.
14, 15. Apakah perbezaan antara penatua di sidang dengan banyak pemimpin agama yang lain?
14 Para penatua yang bekerja keras ialah gembala rohani yang rendah hati. Oleh sebab mereka enggan dilayan seperti orang kenamaan, mereka sangat berbeza daripada banyak pemimpin agama zaman moden dan zaman Yesus. Pemimpin agama sebegitu dikutuk oleh Yesus kerana “mereka suka tempat yang terbaik semasa menghadiri jamuan makan dan mereka suka duduk di kerusi yang terdepan dalam rumah ibadat. Mereka suka menerima salam hormat di tempat awam.”
15 Para penatua yang rendah hati akan mengikut nasihat Yesus yang berikut: “Janganlah kamu menerima gelaran Rabbi kerana kamu semua bersaudara dan Guru kamu hanya satu. Janganlah panggil sesiapa pun di bumi bapa kamu kerana kamu hanya mempunyai satu Bapa yang ada di syurga. Janganlah terima gelaran pemimpin kerana kamu hanya mempunyai seorang Pemimpin, iaitu Kristus. Tetapi orang yang terbesar dalam kalangan kamu mesti melayani kamu. Sesiapa yang meninggikan diri akan direndahkan dan sesiapa yang merendahkan diri akan ditinggikan.” (Mat. 23:8-12) Apabila para penatua berbuat demikian, mereka dikasihi dan dihormati oleh saudara saudari di sidang.
16. Mengapakah kita perlu terus berusaha untuk memupuk sikap hormat yang seimbang?
16 Seperti orang Kristian pada masa awal, kita mungkin memerlukan masa untuk memupuk sikap hormat yang seimbang. (Kis. 10:22-26; 3 Yoh. 9, 10) Sememangnya, usaha yang berterusan diperlukan untuk menyelaraskan fikiran kita dengan prinsip Bible dalam soal siapa yang harus dihormati, dan sejauh mana sikap hormat harus ditunjukkan kepada pihak tertentu. Namun, usaha itu sangat berbaloi dan membawa banyak manfaat.
MENUNJUKKAN HORMAT MEMBAWA MANFAAT
17. Apakah manfaatnya jika kita menunjukkan hormat kepada orang yang mempunyai kuasa?
17 Jika kita menunjukkan hormat kepada pihak berkuasa, mereka akan lebih sudi mempertahankan kebebasan kita untuk menginjil, dan bahkan berpandangan positif terhadap kerja kita. Beberapa tahun yang lalu, Birgit, seorang perintis dari Jerman, telah menghadiri majlis tamat sekolah rendah anak perempuannya. Guru-guru di sekolah memberitahu Birgit bahawa selama ini mereka sangat suka mengajar anak-anak Saksi. Mereka berkata bahawa anak-anak Saksi telah menjadikan suasana sekolah lebih baik. Birgit menjelaskan, “Anak-anak kami diajar untuk mengikut nasihat Tuhan tentang tingkah laku, termasuk menunjukkan hormat kepada guru sekolah.” Seorang guru berkata, “Jika semua anak berkelakuan seperti anak kamu, sekolah ini akan menjadi seperti firdaus.” Beberapa minggu kemudian, salah seorang guru dari sekolah itu telah menghadiri konvensyen di Leipzig.
18, 19. Bagaimanakah kita menunjukkan hormat yang seimbang kepada para penatua? Mengapakah hal ini penting?
18 Cara kita menghormati para penatua dalam sidang harus berdasarkan prinsip-prinsip Bible yang bijaksana. (Baca Ibrani 13:7, 17.) Kita boleh dan patut memuji mereka atas kerja keras mereka. Semasa mereka memberikan arahan, kita juga ingin bekerjasama dengan mereka supaya mereka dapat berkhidmat dengan sukacita. Tetapi hal ini tidak bermaksud bahawa kita akan meniru pakaian dan dandanan, percakapan, atau gaya penyampaian seorang penatua yang “disegani.” Jika kita berbuat demikian, kita sudah menjadi pengikut kepada manusia yang tidak sempurna. Sudah tentu, kita tidak ingin memberi orang lain tanggapan sedemikian, kerana Kristuslah suri teladan kita yang sebenar.
19 Apabila kita menunjukkan sikap hormat yang sepatutnya kepada para penatua dan tidak meninggikan mereka, kita sedang membantu mereka agar tidak menjadi sombong, tidak berfikir bahawa mereka tidak dapat berbuat silap, dan tidak menganggap diri mereka lebih istimewa daripada orang lain.
20. Bagaimanakah kita mendapat manfaat apabila kita mempunyai sikap hormat yang sepatutnya?
20 Dengan menghormati orang lain, kita juga mendapat manfaat. Bagaimana? Kita dibantu agar sentiasa bersikap rendah hati dan tidak meninggikan diri semasa orang lain memuji kita. Dengan menunjukkan sikap hormat yang sewajarnya, kita sedang bertindak selaras dengan pendirian organisasi Yehuwa, kerana organisasi-Nya tidak akan memberikan penghormatan yang keterlaluan kepada manusia, tidak kira orang itu penyembah Yehuwa atau tidak. Sikap hormat yang sewajarnya juga melindungi kita supaya tidak tersandung apabila seseorang yang kita hormati mengecewakan kita.
21. Apakah manfaat terbesar yang diperoleh apabila kita menunjukkan sikap hormat yang sewajarnya?
21 Penting sekali, apabila kita menunjukkan sikap hormat yang sewajarnya, kita sedang melakukan apa yang dikehendaki Yehuwa, dan kita menyenangkan hati-Nya. Dengan cara ini, kita membuktikan kesetiaan kita kepada Tuhan dan membolehkan-Nya menjawab sesiapa pun yang mencela-Nya. (Ams. 27:11) Dunia sekarang penuh dengan orang yang tidak tahu cara yang betul untuk menunjukkan hormat, tetapi tidakkah kita bersyukur kerana Yehuwa telah mengajar kita caranya?