Keputusan yang Bijak Membuktikan Iman Anda!
“Apabila seseorang membuat permintaan, dia mesti beriman dan tidak ragu-ragu sama sekali.”
LAGU: 81, 70
1. Mengapakah Kain membuat keputusan yang salah? Apakah akibatnya?
KAIN perlu berdepan dengan suatu keputusan yang akan mempengaruhinya seumur hidup: Mengatasi perasaan marahnya atau membiarkan dirinya dikuasai perasaan itu. Sedihnya, Kain telah membuat keputusan yang salah. Keputusannya itu mengakibatkan kematian adiknya Habel yang tidak bersalah, dan merosakkan hubungannya dengan Penciptanya.
2. Mengapakah kita perlu belajar untuk membuat keputusan yang bijak?
2 Kita juga perlu membuat banyak keputusan dan pilihan dalam hidup. Biarpun bukan semua keputusan itu melibatkan soal hidup mati, pilihan kita dapat membawa kesan yang mendalam. Oleh itu, jika kita belajar untuk membuat keputusan yang bijak, kita dapat menikmati kehidupan yang lebih tenang dan mengelakkan banyak kesusahan dan kekecewaan.
3. (a) Apakah yang dapat membantu kita untuk membuat keputusan yang bijak? (b) Apakah soalan-soalan yang akan kita bincangkan?
3 Apakah yang dapat membantu kita untuk membuat keputusan yang bijak? Kita mesti beriman kepada Tuhan dan Yakobus 1:5-8.) Apabila kita semakin erat dengan Tuhan dan semakin mencintai Firman-Nya, kita akan bertambah yakin bahawa keputusan Yehuwa adalah yang terbaik. Keyakinan ini akan mendorong kita untuk selalu mencari nasihat Bible sebelum membuat keputusan. Namun, bagaimanakah kita dapat membuat keputusan yang lebih baik? Patutkah kita mengubah keputusan yang sudah dibuat?
percaya bahawa Dia ingin dan mampu membantu kita menjadi bijaksana. Kita juga perlu percaya kepada Firman dan nasihat Tuhan. (BacaMEMBUAT KEPUTUSAN IALAH LUMRAH HIDUP
4. Apakah keputusan yang harus dibuat oleh Adam? Apakah akibatnya?
4 Sejak diciptakan, manusia perlu membuat keputusan yang penting. Adam harus memilih sama ada dia akan mendengar cakap Penciptanya atau isterinya. Oleh sebab dia memilih untuk mengikut isterinya, dia telah membuat keputusan bodoh yang menyebabkannya diusir dari Firdaus dan kehilangan hidup kekal. Bukan itu sahaja, kesan buruk daripada keputusan Adam telah menyebabkan keturunannya menderita sampai hari ini.
5. Mengapakah tanggungjawab untuk membuat keputusan merupakan kurniaan Tuhan?
5 Sesetengah orang mungkin berfikir, “Lebih baik jika kita tidak perlu membuat keputusan.” Adakah anda setuju dengan kata-kata itu? Ingatlah, Yehuwa tidak menciptakan kita sebagai robot. Dia bukan sahaja mengurniai kita kebolehan untuk berfikir dan membuat keputusan, malah Dia mengajar kita melalui Firman-Nya cara untuk membuat keputusan yang bijak. Sebenarnya, Yehuwa mahu kita membuat keputusan demi kebaikan kita sendiri. Contoh-contoh berikut akan membuktikan hal ini.
6, 7. Apakah pilihan yang harus dibuat oleh orang Israel kuno? Mengapakah mereka berasa susah untuk membuat keputusan yang bijak? (Lihat gambar pada permulaan rencana.)
6 Selepas orang Israel kuno menduduki Tanah yang Dijanjikan, mereka harus membuat suatu keputusan: Menyembah Yehuwa atau dewa dewi lain. (Baca Yosua 24:15.) Keputusan itu nampaknya mudah tetapi melibatkan soal hidup mati mereka. Malangnya, orang Israel berulang kali membuat pilihan yang salah. Pada zaman para Hakim, mereka berpaling daripada Yehuwa dan menyembah dewa dewi palsu. (Hak. 2:3, 11-23) Pada zaman Nabi Elia, umat Tuhan juga perlu memilih sama ada mereka ingin menyembah Yehuwa atau Baal. (1 Raj. 18:21) Keputusan itu sebenarnya tidak susah, kerana menyembah Yehuwa ialah pilihan yang terbaik dan yang paling bermanfaat. Lagipun, Baal ialah dewa palsu yang tidak layak disembah. Namun umat itu “tetap mendua hati” dan tidak mahu memilih. Maka Elia menggesa mereka agar memilih untuk menyembah Yehuwa, Tuhan Yang Maha Tinggi.
7 Mengapakah keputusan itu begitu susah bagi orang Israel? Pertama, mereka tidak beriman kepada Yehuwa dan enggan mentaati-Nya. Oleh sebab mereka tidak meluangkan masa untuk memperoleh pengetahuan yang tepat tentang Tuhan atau mempelajari kebijaksanaan-Nya, mereka tidak mampu memilih dengan bijak. (Mzm. 25:12) Kedua, mereka membiarkan orang yang tidak menyembah Yehuwa untuk mempengaruhi fikiran mereka dan bahkan membuat keputusan untuk mereka. Akibatnya, mereka terikut-ikut dengan amalan bangsa kafir, walaupun Yehuwa sudah memberi mereka amaran awal-awal lagi agar jangan berbuat demikian.
PATUTKAH ORANG LAIN MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK KITA?
8. Apakah pengajaran penting yang kita peroleh daripada sejarah orang Israel?
8 Contoh-contoh tadi menonjolkan satu pengajaran yang penting: Kita masing-masing harus membuat keputusan sendiri, dan keputusan yang bijak haruslah berdasarkan pengetahuan Bible yang tepat. Galatia 6:5 menyatakan, “Setiap orang harus memikul tanggungjawab masing-masing.” (Nota kaki.) Ingatlah bahawa kita tidak boleh menyerahkan tanggungjawab untuk membuat keputusan kepada orang lain. Kita perlu mempelajari apa yang benar dalam pandangan Tuhan dan memilih untuk melakukannya.
9. Mengapakah membiarkan orang lain membuat keputusan untuk kita merupakan tindakan yang berbahaya?
9 Jika kita tunduk kepada tekanan orang lain dan membiarkan mereka memilih bagi kita, barangkali kita akan membuat keputusan yang salah. (Ams. 1:10, 15) Tindakan itu sangat berbahaya dan mengundang masalah kerana kita sedang memilih untuk ‘mengikut pujukan mereka.’ Oleh itu, dalam situasi apa pun, kita bertanggungjawab untuk membuat keputusan berdasarkan hati nurani yang dilatih prinsip Bible.
10. Paulus memberi orang Kristian di Galatia amaran tentang apa?
10 Rasul Paulus juga memberikan amaran kepada orang Kristian di Galatia agar mereka tidak membiarkan orang lain membuat keputusan untuk mereka. (Baca Galatia 4:17.) Ketika itu, sesetengah orang dalam sidang ingin membuat keputusan bagi pihak orang lain. Apakah sebabnya? Mereka ingin mengagungkan diri dan tidak mahu saudara saudari lain mengikut ajaran para rasul. Orang sebegini bertindak melampaui batas kuasa sendiri dan tidak menghormati hak setiap orang Kristian untuk membuat keputusan sendiri.
11. Bagaimanakah kita dapat membantu orang yang perlu membuat keputusan peribadi?
2 Korintus 1:24.) Para penatua hari ini patut mencontohi Paulus semasa memberikan nasihat yang menyentuh soal keputusan peribadi. Para penatua sudi mengongsi maklumat daripada Bible dengan ahli sidang, tetapi mereka akan membiarkan saudara saudari membuat keputusan sendiri, kerana setiap orang bertanggungjawab atas keputusan masing-masing. Ingatlah akan pengajaran ini: Jika kita prihatin terhadap orang lain dan ingin membantu mereka, kita boleh mengongsi nasihat atau prinsip Alkitab dengan mereka, tetapi merekalah yang harus membuat keputusan. Itulah hak dan tanggungjawab mereka. Jika mereka memilih dengan bijak, akhirnya merekalah yang akan meraih manfaat. Oleh itu, janganlah sekali-kali berfikir bahawa kita berhak untuk membuat keputusan bagi orang lain.
11 Paulus memberikan teladan yang baik kerana menghormati kebebasan saudara saudarinya untuk memilih. (BacaKEPUTUSAN YANG BERPANDUKAN PERASAAN
12, 13. Mengapakah berbahaya untuk membuat keputusan semasa kita marah atau tawar hati?
12 Banyak orang suka membuat keputusan mengikut gerak hati sendiri. Namun, perbuatan sebegini berbahaya dan tidak selaras dengan nasihat Bible. Mengapa? Sebagai manusia yang tidak sempurna, ‘hati kita lebih licik daripada segala-galanya.’ (Yer. 17:9) Oleh itu, Firman Tuhan mengingatkan kita agar tidak membuat keputusan berdasarkan gerak hati atau perasaan, kerana haluan itu akan membawa padah. (1 Raj. 11:9; Ams. 28:26; Yer. 3:17; 13:10) Bak kata pepatah: “Ikut hati mati, ikut rasa binasa.”
13 Namun, adakah hal itu bermaksud bahawa perasaan hati kita langsung tidak penting? Tidak. Sebagai orang Kristian, kita diperintahkan untuk mengasihi Yehuwa dengan segenap hati dan mengasihi orang lain sepertimana kita mengasihi diri sendiri. (Mat. 22:37-39) Namun, ayat-ayat Bible dalam perenggan sebelum ini menyatakan bahawa fikiran dan keputusan yang dikawal oleh perasaan hati adalah berbahaya. Misalnya, kita tidak dapat membuat keputusan yang baik ketika kita sedang marah. (Ams. 14:17; 29:22) Begitu juga, keputusan yang dibuat semasa kita tawar hati biasanya kurang bijak. (Bil. 32:6-12; Ams. 24:10) Oleh itu, semasa membuat keputusan yang penting, janganlah membiarkan emosi mengelabui fikiran kita. Sebaliknya, hendaklah kita dibimbing oleh hukum Tuhan, kerana hal ini jauh lebih bijak.
PATUTKAH KITA MENGUBAH FIKIRAN?
14. Bagaimanakah kita tahu bahawa ada kalanya sesetengah keputusan perlu diubah?
14 Keputusan yang bijak bukanlah keputusan yang tidak dapat diubah. Ada kalanya, keputusan yang sudah dibuat perlu dipertimbangkan dan diubah. Contohnya, setelah Yunus memberikan amaran kepada orang Niniwe, mereka insaf dan bertaubat. Oleh itu, Yehuwa “mengubah fikiran-Nya dan tidak melaksanakan hukuman yang dirancangkan-Nya terhadap mereka.” (Yun. 3:10) Ya, Yehuwa sudi mengubah keputusan-Nya kerana Dia ialah Tuhan yang munasabah, rendah hati, dan berbelas kasihan. Tidak seperti kebanyakan orang pada hari ini, Tuhan tidak membuat keputusan tanpa berfikir panjang atau terbawa-bawa dengan emosi.
15. Mengapakah sesetengah keputusan harus diubah?
1 Raj. 21:20, 21, 27-29; 2 Raj. 20:1-5) Kita juga mungkin perlu mengubah keputusan yang sedia ada setelah menerima maklumat yang baharu. Raja Daud pernah membuat keputusan yang salah kerana mendengar laporan palsu tentang Mefiboset, cucu Saul. Tetapi setelah mendapat tahu kebenaran, Daud mengubah keputusannya. (2 Sam. 16:3, 4; 19:24-29) Jelaslah bahawa sesetengah keputusan ada kalanya perlu diubah.
15 Kadangkala, adalah baik jika kita mempertimbangkan semula keputusan kita, terutamanya apabila terdapat perubahan dalam situasi. Yehuwa juga pernah berbuat demikian. (16. (a) Bagaimanakah kita dapat membuat keputusan yang bijak? (b) Mengapakah kita harus mempertimbangkan semula keputusan yang telah dibuat?
16 Firman Tuhan menasihati kita agar jangan membuat keputusan yang penting secara tergesa-gesa. (Ams. 21:5) Sebaliknya, kita harus membuat pertimbangan yang menyeluruh dan teliti supaya kita dapat membuat keputusan yang bijak. (1 Tes. 5:21) Sebelum bertindak, kepala keluarga harus menyelidik Bible dan bahan bacaan Kristian serta mendengar pandangan ahli keluarga yang lain. Ingatlah bahawa Tuhan pernah menggalakkan Abraham untuk mengambil kira pandangan isterinya. (Kej. 21:9-12) Para penatua juga harus meluangkan masa untuk membuat penyelidikan. Apabila mereka menemui maklumat baharu yang menunjukkan bahawa keputusan mereka perlu diubah, penatua yang munasabah dan rendah hati tidak akan berasa bahawa membuat perubahan ialah sesuatu yang menjatuhkan maruah. Sebaliknya, mereka rela mengubah pemikiran dan keputusan sendiri. Apabila kita semua meniru sikap sebegini, kita sedang menyumbang kepada kedamaian dan perpaduan sidang.
LAKSANAKAN KEPUTUSAN ANDA
17. Sebelum membuat keputusan, apakah yang harus kita lakukan?
17 Sebelum membuat keputusan yang lebih penting, seperti memilih antara hidup bujang atau berkahwin, memilih pasangan hidup, atau menentukan masa untuk memulakan khidmat sepenuh masa, kita perlu meluangkan masa yang secukupnya untuk berfikir masak-masak. Kita juga perlu mencari nasihat dalam Bible dan berdoa untuk meminta bimbingan Yehuwa. Yakinlah bahawa Yehuwa akan memberi kita pedoman yang terbaik dalam hal-hal sedemikian. (Ams. 1:5) Dia juga akan membantu kita memupuk sifat-sifat yang diperlukan agar kita dapat membuat keputusan yang selaras dengan kehendak-Nya. Oleh itu, sebelum membuat keputusan yang penting, tanyalah diri: “Adakah keputusan itu menunjukkan bahawa saya mengasihi Yehuwa? Adakah keputusan itu akan membolehkan keluarga saya hidup damai dan bahagia? Adakah keputusan itu menunjukkan bahawa saya sabar dan baik hati?”
18. Mengapakah Yehuwa menginginkan kita membuat keputusan sendiri?
18 Yehuwa telah memberi kita kebebasan untuk memilih. Maka, Dia menghormati keputusan kita dan tidak akan memaksa kita untuk mengasihi-Nya dan menyembah-Nya. (Yos. 24:15; Pkh. 5:3) Yehuwa juga ingin kita melaksanakan keputusan yang telah kita buat berdasarkan prinsip-Nya. Jika kita percaya akan bimbingan Yehuwa dan mengikutnya, kita tidak akan ‘teragak-agak dalam perbuatan kita’ dan dapat membuat keputusan yang bijak.